Wednesday, October 7, 2009

sepi itu bertandang lagi..

jam menunjukkan tepat jam 7.03pm..
kalau dikira hari ni genaplah 17hari ayah dah pergi tinggalkan kami,
tiada lagi suara seorang ayah bergema di telinga ku bertanyakan bila aku akan pulang,
bertanyakan tentang susah kah belajar?
bilakah aku akan tamat belajar?
terlalu lama katanya untuk menunggu aku tamat belajar dan bekerja,
dahulu pernah aku terdengar ayah merungut bahawa dia takut tak sempat nak melihat aku bekerja dan jadi orang yang berjaya..
dan kini segala rungutan nya itu benar-benar terjadi.ayah dah pergi sebelum sempat aku menghabiskan pembelajaran aku kini.

ayah,
maafkan aku. aku benar-benar sesal di atas segala yang terjadi.aku masih belum sempat membalas segala jasa-jasamu, segala penat lelahmu menjaga aku. sesungguhnya jika masa itu dapat diputarkan kembali, teringin sangat aku untuk membantu mu mengangkat buah kelapa itu, 'mengopek' semua kelapa-kelapa itu, membantumu menghantar kelapa itu ke rumah nenek untuk di buat lemang. aku sangat bodoh dan jahat ketika itu kerana enggan menolongmu.dengan alasan aku penat berpuasa.
maafkan aku ayah..

teringat aku pada malam terakhir ayah berada di rumah, aku masakkan nasi daging untuk kami sekeluarga berbuka puasa.untuk bahagian air asam aku buat dua.satu tanpa kerisik dan satu lagi berkerisik.tanpa kerisik tu untuk ayah dan berkerisik tu untuk semua. pada waktu berbuka tu aku 'excited' menyuruh ayah untuk mencuba air asam berkerisik yang aku buat itu.tapi ayah tidak mengendahkan pun pelawaan aku.jauh di sudut hati aku kecil hati sangat dengan ayah pada waktu itu.tapi aku buat2 takde perasaan..setelah selesai makan, ayah bertanyakan aku kenapa air asam yang aku buat tidak sedap seperti selalu.tanpa sempat aku menjawab ayah terus bangun membawa pinggan ke sinki.aku hairan dengan tingkah laku ayah pada hari tu.ayah hanya berdiam diri ketika berbuka pada hari itu.air asam yang selama ini dikatakan sgt sedap bila di buat olehku sudah tidak tidak enak bginya lagi..

pada keesokkan harinya, tepat jam 7pagi mak mengejutkan aku dari tidur. mengajak aku menghantar ayah ke hospital kerana ayah sangat 'penat' ketika itu.aku segera bangun mengosok gigi dan mencuci muka.pada waktu itu ingt lagi ayah memakai baju tshirt berkolar biru gelap dan kuning dibahagian bahu.berseluar krim saiz 40.tapi seluar itu kelihatan longgar pada hari itu berbanding hari-hari sebelum ini.
setelah sampai di hospital,aku bersma mak menghantar ayah di bahagian kecemasan.aku sangat sedih ketika itu bimbang jika terjadi perkara yang tidak di ingini kepada ayahku tambahan lagi esok adalah hari raya.setelah 2jam aku menunggu di ruang legar bahagian kecemasan tu nurse yang bertugas memberitahu ayah aku terpaksa di tahan di wad.memandangkan keadaannya serius.paru-parunya terhenti berfungsi seketika.aku dan mak segera ke wad di mana ayah aku di tahan.kelihatan ayah ku di atas katil dan hanya tersenyum.katanya dia terpaksa di tahan dan dia akan beraya di hospital.aku berasa sedikit lega melihat keadaan ayahku ketika itu.dia tidak 'penat' dan masih boleh tersenyum..ayah memberitahuku bahawa doktor cakap keadaan dia lebih teruk berbanding hari dia ditahan sebelum ramadhan itu.katanya lagi jantungnya telah berhenti berfungsi untuk seketika.teringat lagi aku ketika itu aku ketawa bersama mak dengan kata ayah.'bukan jantung la ayah, paru-paru..kalau jantung dah lama ayah dah xde'-tak sangka kata-kata aku yang aku anggap sebagai gurauan itu kini benar-benar menjadi kenyataan..maafkan aku ayah..
sebelum aku pulang ayah berpesan kepadaku untuk membelinya air soya dan roti.roti coklat yang 50sen itu je katanya.ayah tidak berpuasa pada hari itu kerana ayah perlu makan ubat..

petang itu aku dan mak datang melawat ayah.kulihat air soya dan roti telah di jamah sedikit oleh ayah.kakak ku yang membelinya ketika dia singgah tengahari itu.ayah kelihatan sudah sihat pada waktu itu.aku dan mak berbual-bual bersama ayah.menceritakan persiapan yang telah kami lakukan untuk raya esok.nenek dan makteh dah siap membakar lemang.langsir pon dah di tukar dengan yang baru.ayah sempat lagi bertanya ketika itu ayam untuk makteh aku sudah di beli belum.kerana semalam makteh berpesan kepada ayah untuk membeli ayam untuk di buat rendang.tapi ayah tidak sempat untuk membelinya.saat itu aku sangat kagum dengan ayah.dalam saat dia sakit tenat dia masih ingt untuk menunaikan janjinya..setelah sejam setengah aku berbual bersama ayah,aku memberitahunya untuk pulang.ayah berkata kepada mak,tidak perlu untuk menemaninya pada malam itu kerana dia sudah sihat.aku dan emak tanpa berfikir panjang terus pulang kerana juadah untuk berbuka pada petang itu masih belum di beli lagi.2 orang adik dan kakak ku ada di rumah.sebelum balik,ayah berkata padaku dan emak."mehla salam raya..nak mintak maaf"..aku dan emak tersenyum sambil membalas.."raya besok la ayah..besok datang lagi.."aku sangat sesal ketika ini, kerana tidak menunaikan permintaan ayah ketika itu.sangat tidak ku duga, ayah akan pergi pada esok harinya..bodohnya aku kerana tidak mengendahkan kata-katamu itu.ku sangkakan hanya gurauan darimu..maafkan aku ayah..

malam itu, aku tidak merasai seperti 'malam raya' seperti sebelum-sebelum ini.
tidak ada yang memarahi aku kerana asyik tgk tv je xtolong mak di dapur. tidak ada yang membebelkan aku kerana maen mercun depan rumah.tidak ada yang menyuruh aku mengambil air masak ketika aku sedang seronok tengok tv, tidak ada yang menyuruh aku meng'iron' baju melayu untuk di pakai sembahyang raya, tidak ada yang mengkritik baju raya aku tak lawa, tidak ada lagi suara yang bertakbir raya di dalam rumah, tidak ada lagi perkataan 'pemalas' untuk aku kerana tidak membuat kueh raya.semua aku beli je..semua perkataan yang dahulunya aku sangat xbest untuk mendengarnya dah xde lagi.aku rindu semua itu..


pada keesokkan harinya (1syawal-20/09/2009)
aku bangun pagi2 lagi.terbayang wajah ayah yang berada di wad.aku kena cepat bangun ni.nak tengok ayah di wad.kesian ayah beraya sorang2 kat wad.fikirku.aku tak dapat tunaikan sembahyang raya pada hari itu.aku hanya menunggu kakak,mak dan adik2 ku sahaja sembahyang raya.setelah selesai sembahyang, aku bersiap2 untuk pergi melawat ayah.tiba-tiba tepat jam 10.37am, kedengaran handphone aku berbunyi..siapalah yang menelefon ku pagi2 ni kerana ringtone from unknown caller yang kedengaran.rupa-rupanya ayah yang menelefonku memberitahu untuk datang mengambilnya pada pukul 1.00pm.ayah sudah di benarkan pulang.gembiranya aku ketika itu.aku berkata pada ayah, "org nk p kat ayah dah la ni.tengah siap2"..(ayah)"eh..xpla..datang kol1 nt trus.nt boleh balik trus.xpayah tggu lagi." aku memberitahu mak.dan mak pun bersetuju..
seingat aku, jam 12.45 aku, mak dan kakakku keluar pergi ke hospital untuk mengambil ayah pulang.setibanya aku 1.10pm di hospital,aku melihat ayahku duduk diatas kerusi smabil menekapkan mukanya kekatil.seperti biasa, aku menyergah ayahku "ayah,jum balik.cakap leh balik.g raya umah maklong ng tok t."
ayahku ngan perlahan mengangkat mukanya dan berkata "xboleh balik pulak.doktor cakap darah ayahku pekat.kena tambah air."dehydration sangkaku.sbb tu tambah air..emm..sedih aku seketika.ayah xdapat balik.aku berbual-bual dengan ayah.bercerita tentang bihun sup yang telah siap disediakan oleh kami sebelum datang melawat ayah.
(aku)"ingtkan ayah leh balik.org xbawak la bihun sup.ayah nak tak bihun?nanti petang orang datang lagi.bawak bihun untuk ayah."
(ayah)"em..nak jugak.tapi bawak sket je.xselere sangat nk mkn kat hospital ni"
(aku)"ok.t ptg org dtg.bwk bihun tok ayah.ketupat?lemang?nak?"
tanyaku berseloroh.aku tahu ayah tidak boleh makan sume tu.
lama jugak kami berbual-bual.kira-kira pukul 2.30 ayahku mengadu bahawa dia terasa penat dan hendak membuang air kecil.ayah pon segera bangun pergi ke tandas.ku lihat
ayahku berjalan dari belakang sambil memegang kaen hijau hospital ditangan kanannya dan tangan kirinya membawa bag yang berisi air itu.ayahku sudah kurus fikirku..
setelah ayah tiba dikatilnya kembali,ayah mengadu dia semakin penat.kakakku mengurut2 dibelakang ayah.ketika itu ayah berkata "aku nk mati da ari ni"
aku pura-pura tidak dengar.tidak mahu sebak dihadapannya.aku mengubah topik lain.untuk mengelak ayah bercakap yang bukan2.

kira2 jam 2.50 ayah semakin tenat.nafas ayah makin laju..muka ayah biru..kaki ayah pucat..kuku ayah dan jari jemari ayah juga biru..ayah bernafas makin laju tapi ayah masih duduk di atas katilnya.tidak baring..ayah memanggil mak.menyuruh mak mengambil bekas kerana dia hendak membuang air kecil lagi katanya.setelah ayah membuang air kecil untuk kali kedua itu..keadaan ayah makin tenat..aku sangat takut..ayah bernafas semakin laju..ku lihat pengesan gerakan nadi (aku xtau name ape) yang di pasang pada jari telunjuk ayah, "80--90--95" aku berasa sedikit lega kerana nilai itu menunjukkan keadaan ayah aku stabil..tapi tiba-tiba tidak kusangka dalam kiraan hanya 5saat bacaan itu bertukar sekelip mata.."95--90--89--85--80--78--70--64--60--50--40..............." bacaan dari mesin itu tiba-tiba terputus.ku lihat keadaan ayah dah semakin teruk.sebelum itu ayah sempat berpesan "aku dah nak xdak ni.hangpa duk elok2 la..mintak maaf suma2" itu ungkapan ayah ku yang terakhir..masih terngiang2 di telingaku hingga kini..ayah semakin tenat.ayah memegang tangan ku dengan kuat.mata ayah hanya melihat diatas.kedengaran mak mengajar ayah mengucap "lailahaillallah"..setelah 3kali mak mengajar mengucap di telinga ayah,aku lihat muka mak juga pucat.mata mak hampir tertutup.tiba-tiba mak pitam dan disambut oleh nurse.mak dibawa ketepi dan duduk diatas kerusi..keadaan ayah seperti sudah tiada harapan lagi..aku yang memegang ayah di bahagian belakang,membaringkan ayah..ayah terbaring dan masih lagi melihat atas..aku sangat takut ketika itu..doktor pon tak ada..aku dan kakakku mengajar ayahku mengucap.ayahku sudah tidak menyahutku lagi..cuma ayah memegang erat tanganku..jam3.20 'doktor cine' tu pon dtg dan menyuruh aku,kakakku dan pelawat yang laen keluar..aku masih meneruskan mngajar ayah aku mengucap..doktor bertegas padaku meminta aku keluar."its ok.everything will b fine."..ayah dah nazak ketika itu..aku sangat sedih..tidak menemani ayah buat kali terakhirnya ketika itu..'ikut sgt ckp doktor tu'..aku dan kakakku membawa mak yang tadinya pitam ke luar..memberi mak minum dan mengurut2nya di kepala..aku berdoa pada Tuhan."Ya Allah..selamatkan lah ayahku.tapi jika hari ni adalah ajalnya.kau ringankan lah sakitnya itu"..tidak putus2 ku berdoa.aku lihat jam sudah pukul 4pm..tiba2 seorang pesakit dtg dengan menaiki kerusi roda..
(mak)"macam mana keadaan didalam?nampak ok sket ke cmne?"
(pesakit)"erm..sy xtau la nk ckp cmne.masuk la tengok sendiri.masuk semua,tengok..)

kami pon segera masuk dan kulihat doktor sudah berada di mejanya.ku lihat dari jauh katil dimana tempat ayah aku tadi sudah tiada nurse dan alat2 lagi..sangkaku ayah sudah selamat dan kembali seperti selalu.setibanya aku di katil ayah..ayah sudah terbaring kaku..matanya tertutup rapat..tangannya kedua terletak diatas perut..sungguh tidak ku menduga.terlalu cepat ayah pergi..baru sekejap tadi aku berbual2 dengan ayah..berjenaka dgn ayah..ingt lagi ayah melekehkan baju raya aku murah.sebab tu panas.itu kerana aku mengadu kepadanya panas berada di hospital ni..xde aircond..segala-galanya sudah berakhir..hari itu 20/09/2009 ahad bersamaan 1syawal.jam 3.45pm ayah pergi untuk selama-lamanya..ayah..maafkan aku..xsempat aku bersalam raya dengan ayah.ayah dah pergi..ayah..aku doakan ayah semoga bahagia disana.semoga roh ayah dicucuri rahmat..aku sayang ayah..


dari kiri..mak,kakyat dan ayah bersama baby..

p/s:lakukan lah selagi termampu untuk org yang tersayang selagi dia masih ada.menangis dan menyesal lagi sudah tidak ada gunanya.klah..doakan ayah aku..alfatihah..

2 comments:

  1. =(..sedey....byk2 sabar ya..byk2 doa..smoga arwah d tmptkn d kalangan org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  2. to nayah;
    bace sampai abes ke?xperasan lak aku panjang.hu..

    ReplyDelete